Farahada Shoppe One Stop Centre for Premium Beautiful, Lactiolite, Maharani & Muslimah Apparel
Friday, 24 February 2012
Cara Pemakaian Korset Premium Beautiful
Cara-cara Pemakaian Korset Premium Beautiful
Langkah 1: Long Girdle
Lipatkan bahagian pinggang dan kaki seluar dalam
Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
Perbetulkan kedudukannya agar selesa
Nota:
* Untuk memudahkan si pemakai, buat bukaan kaki besar seperti kekuda dan lenggokkan badan kiri dan kanan sambil pakai. Seperti berjoget2 pula. Hehe. Pada mulanya memang akan terasa ketat sedikit tapi anda akan rasa selesa dan senang pakai selepas beberapa minggu kerana kainnya akan mengembang sedikit mengikut size ideal badan anda.
Langkah 2: Long Bra
Sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra
Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
Betulkan kedudukan bra
Nota:
* Jika sekiranya tangan anda tidak sampai ke belakang dan tiada siapa yang boleh tolong cangkukkan, anda boleh pakai kain batik atau apa2 kain terlebih dahulu (berkemban) dan cangkuk dari depan dahulu dan barulah pusingkan Premium Beautiful tu ke belakang sebab jikalau tanpa kain alas, PB ni tak boleh dipusingkan sebab ia dah melekat pada badan.
Langkah 3: Waist Nipper
Lekatkan kesemua cangkuk
Betulkan kedudukannya (Pastikan diamond berada dikedudukan tengah diatas bukan dibawah)
Tarik tali pelaras
Tahan nafas dan cangkukkan
Pastikan ianya selesa
Nota:
*Pastikan bahagian tali di belakang selari dengan tulang belakang kita.
Selamat mencuba! Sekiranya terdapat masalah, sila hubungi saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment